Home > Blog & Article > Kencing Manis: Punca, Simptom, Penawar Dan Pemakanan
Kencing Manis: Punca, Simptom, Penawar Dan Pemakanan by allan

TANDA AMARAN & SIMPTOM PENYAKIT KENCING MANIS

Diabetes jenis 2 juga boleh berkembang tanpa sebarang amaran atau tanda-tanda. Satu pertiga (1/3) daripada mereka yang menghidap diabetes jenis 2 tidak tahu bahawa mereka tergolong dalam golongan jenis 2 ini.

Tanda-tanda dan gejala-gejala diabetes termasuk:-

  • sentiasa dahaga
  • sentiasa lapar
  • Mulut kering
  • kerap membuang air kecil
  • penurunan berat badan
  • Keletihan
  • Penglihatan kabur
  • sakit kepala pengsan

FAKTOR RISIKO DIABETES

SIAPA YANG BERISIKO UNTUK DIABETES?

Diabetes tidak mengira peringkat umur kerana sesiapa sahaja akan mendapat diabetes jika anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Malah bayi yang baru dilahirkan juga boleh menjadi mangsa penyakit gula.

Risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes jika anda:-

  • mempunyai berat badan berlebihan atau obes
  • mempunyai diabetis gestasi
  • melahirkan bayi yang sangat besar sebelumnya (4.5 kg atau lebih)
  • mempunyai sejarah keluarga diabetes (keturunan)
https://www.hk3.com.my/ms/kencing-manis/